Kerana-Nya,

Saturday, January 24, 2015

Catatan Penulis #9 - Adab Menuntut Ilmu

Bismillahirrohmannirrohim.

"Aku belajar adab mencari ilmu terlebih dahulu sebelum mencari ilmu."
(Abdullah Ibn Mubarak) 

Beliau belajar adab selama 30 tahun,
Dan belajar ilmu selama 20 tahun,
Agar ilmunya menjadi nur, menjadi cahaya.

Ruangkan waktu untuk mencari ilmu,
Kerana mencari ilmu itu tuntutan,
Dan Allah akan meninggikan martabat orang yang mencari ilmu.

"... Allah akan mengangkat (derajat) orang-orang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat."
(Surah Al-Mujadilah: Ayat 11)

Di antara adab menuntut ilmu adalah:

1. Mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu
- Amal-amal itu hanya diterima oleh orang yang ikhlas.
- Orang-orang yang dimuliakan Allah ialah orang-orang yang niatnya menuntut ilmu kerana Allah semata.

2. Mujahadah (kesungguhan) 
- Semakin lelah mencari ilmu, semakin besar manfaat yang kita dapat.
- Kunci kesungguhan: lakukan apa yang tidak dilakukan kebanyakan orang.

3. Memohon doa yang bermanfaat kepada Allah SWT 
- Terus berdoa kerana tiada istilah berhenti mencari ilmu.

4. Menjauhkan diri dari dosa dan maksiat dengan bertaqwa kepada Allah SWT 
- Banyak taqwa, ilmu mendekat. Banyak maksiat, ilmu menjauh.

5. Tidak boleh sombong dan tidak boleh malu dalam menuntut ilmu
- Suka meremehkan orang lain dan tidak mahu menerima nasihat punca ilmu tidak mendekat.

6. Mendengar baik-baik pelajaran yang disampaikan guru

7. Diam ketika pelajaran disampaikan

8. Menghormati guru
- Sekiranya guru berbuat silap, tegur dengan baik.

9. Memilih teman yang soleh dan solehah
- Teman/ sahabat itu luar biasa pengaruhnya. Sahabat yang soleh boleh memberi manfaat kepada kita di Hari Akhirat.

10. Imam Syafi'e berkata, 
"Ilmu tidak akan diperoleh kecuali dengan:
1. Kecerdasan,
2. Gemar belajar,
3. Sungguh-sungguh,
4. Memiliki biaya,
5. Bergaul dengan guru, dan
6. Perlu waktu yang lama. "

27 November 2014 @ 4.30 petang
Kelas Siti Hajar

2 comments:

Unknown said...

Suka baca entri Arina, mendekatkan jiwa ini dengan ilmu dan Pemilik ilmu =)

Arina Abd Ghani said...

Alhamdulillah. Terima kasih Diyana kerana sudi membaca. :)