Kerana-Nya,

Sunday, January 18, 2015

Catatan Hati #3 - Aku Jatuh Cinta

Sambungan... 

Bismillahirrohmannirrohim.

Ya, di Daarut Tauhiid aku jatuh cinta.
Aku jatuh cinta pada suasana ilmunya,
Aku jatuh cinta pada ilmunya,
Ilmu mengenal Allah.
Ilmu mendekatkan diri pada Allah.

Sepanjang berada di sini,
Aku mula merasai perubahan dalam diriku.
Perubahan yang baik. Alhamdulillah.
Cuma yang menjadi kebimbangan,
Adakah aku boleh kekalkan perubahan yang baik ini?
Mahu istiqomah bukan mudah.

Lalu aku bertanyakan kepada guruku, bagaimana aku boleh terus istiqomah setelah pulang nanti.

Kata beliau,
"Mahu istiqomah, mulai dengan istiqomah dalam berdzikr. Jika kita ingat pada Allah, Allah ingat pada kita. Dan bila kita ingat pada Allah, kita tidak akan melakukan perkara yang tidak disukai Allah. 
Dan, 
Cari lingkungan teman yang baik. Lingkungan teman yang baik itu, 
1. Bila ketemu, ingat ilmu. 
2. Bila bicara, tambah ilmu dan amal. 
3. Bila lihat perilaku, teringat akhirat."

Berbekalkan pesanan itu, aku bertekad untuk terus istiqomah dengan perubahan ini. Aku yakin Allah pasti bantu sekiranya aku ikhlas mahu berubah kerana-Nya, kerana mengharapkan cinta-Nya.

Aamin, Ya Rabb.

TAMAT.

No comments: