Kerana-Nya,

Thursday, April 28, 2011

Menjaga Iman.

Bismillah.

Alhamdulillah, pagi tadi aku diberi kesempatan untuk menonton program Tanyalah Ustaz, TV9. Ustaz jemputan pada hari ini ialah Ustaz Amin

Ada seorang tetamu yang hadir bertanyakan satu soalan kepada Ustaz;
“Iman manusia turun dan naik. Macam mana kita nak menjaga iman kita?” 
      
      Jawab Ustaz, seni mempertahankan Iman itu ada ENAM;
      
      PERTAMA, Jaga kepercayaan.
“Allah Maha Berkuasa, Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya.” Apabila kita ditimpa kesusahan, kita harus percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi, manusia kadang-kadang tidak nampak hikmah itu...

KEDUA, Jangan tinggalkan perkara yang wajib.

KETIGA, Banyakkan amalan sunat.

KEEMPAT, Yang haram tinggalkan betul-betul.

KELIMA, Yang makhruh, hindarkan.

dan KEENAM, Istiqamah.
Untuk Istiqamah, manusia perlu mengurangkan pilihan dan jangan bertangguh-tangguh. Sifat manusia, apabila diberi pilihan, mereka akan memilih yang ringan-ringan. Contohnya, apabila sudah tiba waktu Solat, “Mahu terus menonton TV atau Solat dahulu?”. Dia akan memilih untuk menonton TV. (Saya pun masih begini ni. -.-") Jadi, untuk beristiqamah, manusia perlu mengurangkan pilihan dan jangan bertangguh. Andai sudah tiba waktu Solat, jangan memilih! (Tutup TV, Solat dahulu! Ok, Arina? ^^)

“Dunia adalah tempat berpenat (banyak melakukan amal ibadat, buat kerja kebajikan dll) supaya di kubur nanti kita akan bersenang-lenang dan bukan sebaliknya.” 


p/s: Dapat berkongsi ilmu ini dengan kamu, itu Nikmat. Alhamdulillah... :)


Sunday, April 17, 2011

Salam.

Alhamdulillah,
Masih punya ruang dan masa untuk kembali menulis,
berkongsi apa yang aku rasa dan alami di blog ini.

InshaAllah yang baik, ambil sebagai pengajaran,
Yang buruk jadikan sempadan.

Ada yang berkata, untuk pandai menulis dengan efektif, ada tiga cara iaitu; menulis, menulis, dan menulis.
Dan ada yang berkata, perlu membaca, membaca, dan menulis.

Aku mahu ambil yang kedua.

InshaAllah, aku akan meningkatkan mutu pembacaan aku supaya apa yang aku hendak sampaikan akan lebih bermakna. Semoga dipermudahkan. Aminnn...