Kerana-Nya,

Friday, April 13, 2012

Hidup Tanpa Penangguhan!

Salam.


Sekarang saya sedang menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok. Ya, esok. Dan, saya baru selesai menyiapkannya separuh. *Sigh. Tugasan ini seingat saya diberi oleh madam sejak minggu pertama sem ini. Sikap suka melakukan kerja di saat akhir memang tidak boleh dipisahkan dari saya dan saya tahu perangai saya yang satu ini memang tidak menjanjikan masa depan yang baik buat saya. Mesti sesiapa yang baca entri saya ini akan cakap, "Kalau dah tahu, kenapa buat?" Betul kan saya teka. Hikhik. Hmm, sebenarnya setiap kali sem baru, setiap kali itu jugalah saya menanamkan azam yang baru dan tidak menangguhkan kerja merupakan salah satu azam yang wajib ada selain azam-azam yang lain. Bukannya saya tidak pernah cuba, tetapi saya gagal. Namun, tugasan itu dapat juga saya siapkan cuma mungkin hasilnya berbeza sekiranya saya buat lebih awal. Huhu.

Irfan Khairi kata, sikap suka menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Uih, takutnya.

Ini di antara tip-tip yang saya ambil dari blog dia;
1) Hentikan memberi alasan.
2) Bersikap serius dalam mengambil keputusan hari ini!
3) Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat.

Mungkin saya terlalu banyak memberi alasan. Jadi, perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah berhenti memberi alasan untuk tidak berbuat. :)

Saya betul mahu ubah sikap saya yang satu ini. Tolong ingatkan saya ya.

"Life Without Procrastination!"

01:25 am
Mahallah Asiah

Wednesday, April 11, 2012

Cantik.


Mesti nampak cantik kalau kita cakap pun benda yang cantik-cantik. 
Setiap apa yang kita kata kan melambangkan siapa diri kita. 
v(^.~)v