Kerana-Nya,

Saturday, January 31, 2015

Catatan Penulis #18 - Kemuliaan Ilmu


Bismillahirrohmannirrohim.

Ilmu sememangnya dikhususkan bagi manusia.
Segala hal selain ilmu bisa dimiliki manusia,
dimiliki juga oleh haiwan.
Manusia yang tidak punya ilmu,
sama seperti haiwan.
Bahkan lebih rendah dari haiwan.
Tanpa ilmu, manusia hanya memuaskan nafsu sahaja.

Kerana ilmu pengetahuan,
Allah utamakan Nabi Adam a.s dari Malaikat.
Kerana itu jugalah Allah perintahkan Malaikat untuk sujud kepada Nabi Adam a.s
Allah mengajarkan Nabi Adam dengan nama-nama segala sesuatu,
dan apabila Allah sandarkan nama-nama itu pada Malaikat,
Malaikat tidak dapat menjawabnya.

Hikmah buat kita,
apabila Nabi Adam a.s turun ke bumi,
dia sudah diajarkan segala-galanya.
Manusia sudah mulia dengan ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan akan membentengkan kita dari terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh menyesatkan iman kita.
Ilmu juga bisa menjadikan pemiliknya seorang yang bertaqwa,
dan ketaqwaan membuat seseorang berhak mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT.

Kuliah Ba’da Maghrib
5 Disember 2014 @ 6.24 petang
Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Penulis #17 - Taubat

Bismillahirrohmannirrohim.

Taubat.
Menangis mengingatkan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Terlalu banyak dosa kita, banyak tidak terkira.
Sama ada sengaja, atau tidak.
Dan cara untuk menghapus dosa adalah dengan,
bertaubat.

Keutamaan Taubat:
     1. Allah SWT senang dan gembira dengan taubat hamba-Nya.
     2. Meraih puncak iman.
     3. Melimpahkan keberkahan.
     4. Didoakan para malaikat.
     5. Menggantikan keburukan dengan kebaikan
    - Pembersih hati dari dosa
    - Sarana memperbaiki diri
     6. Sebab masuk syurga.

Kendala Taubat:
     1. Takabbur/ sombong
    - Merasa diri benar dan suka merendahkan orang lain
     2. Ujub
    - Merasa sudah berbuat dan berjasa
     3. Sibuk memikirkan sikap orang lain terhadap diri (merasa dizalimi dan jadi korban) sehingga tidak sempat membongkar dosa-dosa diri kerana sibuk melihat dosa orang lain.

P/s: Bertaubat sebelum terlambat. Semoga pengakhiran kita, pengakhiran yang baik. Aamiin, Ya Rabb.

5 Disember 2014 @ 8.45 pagi
Kelas Siti Hajar

Monday, January 26, 2015

Catatan Hikmah #16

"Orang yang paling beruntung, orang yang berubah." 

Catatan Hikmah #15

"Semakin sedikit bicara, semakin aman. 
Kecuali yang bermanfaat." 

Catatan Penulis #16 - Menjadi orang yang sadar

Bismillahirrohmannirrohim.

Sebagai anak harus sadar diri sebagai anak,
Iaitu menjaga kehormatan orang tua,
Menghormati orang tua.

Begitu juga orang tua,
Sekiranya mahu anak rajin,
Dia juga harus rajin.
Sekiranya mahu anak soleh,
Dia terlebih dahulu menjadi soleh.

Orang yang sadar diri harus tahu,
Mubaligh itu bukan sekadar kata-kata,
Sikap juga harus diperbaiki.
Kata-kata dan perbuatan harus sama.

Kita makhluk ciptaan Allah,
Dihidupkan oleh Allah.
Jadi kita harus sadar tugas kita sebagai hamba-Nya.
Dan kita harus sadar, dunia ini cuma mampir.

Kajian Ma'arifatullah
4 Disember 2014 @ 8 malam
Dar Al-Hajj

Catatan Penulis #15 - Pintu-pintu Godaan Syaitan

Bismillahirrohmannirrohim.

Apakah pintu-pintu godaan syaitan?

1. Kebodohan
- Orang yang bodoh (tidak tahu) gampang ditipu syaitan.
- Cth: Oleh kerana tidak tahu ilmu solat, maka tidak solat.

2. Lisan yang tidak terjaga
- Banyak ngomong, banyak bicara, banyak salahnya.

3. Senang mendengar keburukan orang lain
- Hati-hati, dosa ghibah lagi besar dari zina.

4. Senang dipuji
- Riya'
- Orang yang mudah dipuji, mudah berasa takjub.

5. Kemaksiatan

6. Kemalasan

7. Fanatik
- Kesukaan/ minat yang melampau

P/s: Kadang-kadang tanpa sedar, kita sendiri yang membuka ruang untuk syaitan terus menggoda kita. Jadi, penting untuk kita mempunyai sahabat yang boleh saling mengingatkan supaya kita dapat menghindari diri kita dari terus terjebak dengan tipu daya syaitan. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan dan yang sebelumnya. Aamiin, ya Rabb.

4 Disember 2014 @ 1.30 petang
Kelas Siti Hajar

Saturday, January 24, 2015

Catatan Hikmah #14

"Orang yang tahu Allah tahu isi hatinya, akan menjaga hatinya."

Catatan Penulis #14 - Ingin dipuji siapa?

Bismillahirrohmannirrohim.

"Akan datang karunia Allah yang besar kepadamu, 
Apabila kamu mengaku dan bersikap sebagai hamba Allah."

Kita ini asalnya makhluk yang tiada daya,
Kecuali diberi kekuatan oleh Allah.
Apabila mahu berbuat sesuatu,
Minta pertolongan dari Allah.
Dan apabila berlaku sesuatu,
Harus yakin yang semua itu datang dari Allah.

Jangan berbangga diri dengan apa yang diberikan,
Jangan pernah berasa pandai, berasa soleh,
Harus sentiasa bersikap tawadhu'.
Allah paling tidak suka orang yang takabbur.

Jangan sibuk dengan penilaian orang,
Apa yang penting penilaian dari Allah.
Yang kasi pahala, Allah.
Yang kasi ketenangan, Allah.

Orang yang peduli penilaian Allah tidak akan pusing,
Kerana apa yang penting baginya adalah penilaian dari Allah,
Dan dia melakukan perkara yang terbaik kerana Allah semata.
Orang yang berbuat baik demi dipuji orang lain, sangat merugikan.

Ingin dipuji itu naluri yang telah diciptakan oleh Allah.
Persoalannya, ingin dipuji siapa?
Dipuji oleh yang tidak berdaya, atau
Dipuji oleh Yang Maha Kuasa.

Kajian Al-Hikam
4 Disember 2014 @ 3.40 petang
Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Hikmah #13

"Hati-hati dengan pandangan mata, kerana pandangan mata bisa menghasilkan getaran hati yang akhirnya boleh membawa ke arah kemaksiatan."

Catatan Penulis #13 - Cinta Al-Qur'an

Bismillahirrohmannirrohim.

C - Cemburu yang baik
Cemburu bila lihat orang lain selalu dekat dengan Al-Qur'an,
Orang lain bisa, kita juga pasti bisa untuk selalu dekat dengan Al-Qur'an.

I - Ingin selalu dekat dengan-Nya
Ke manapun pasti dekat dengan yang dicintai-Nya,
Seperti HP, selalu bawa Al-Qur'an ke mana-manapun kita pergi.

N - Nggak pernah lupa
Hari ini sudah baca atau belum Al-Qur'an,
Jadikan Al-Qur'an sebagai zikrullah.

T - Terasa indah hidupnya
Hati berasa nyaman apabila sudah membaca Al-Qur'an.

A - Aman
Allah berikan perlindungan dan syafaat buat sesiapa yang membaca Al-Qur'an.

Kenali Al-Qur'an,
Al-Qur'an harus dijadikan sebagai pedoman hidup,
Kerana tujuan hidup kita adalah untuk meraih cinta dan redha Allah.
Dekati Al-Qur'an,
Supaya Allah menurunkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada kita.
Cintai Al-Qur'an,
Sebagai pembersih jiwa kita dari segala penyakit hati, dan
Semoga ianya menjadi cahaya yang menerangi hidup kita.

4 Disember 2014 @ 10.30 pagi
Kelas Siti Hajar

Catatan Hikmah #12

"Sesiapa yang mencintai Al-Qur'an, pasti dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." 

Catatan Penulis #12 - Rezeki

Bismillahirrohmannirrohim.

"Dekati Allah, Pemilik rezeki, Pemberi rezeki."

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang,
Diberi kesihatan yang baik, juga rezeki.
Dan rezeki yang paling utama,
Menjadi soleh/ solehah.

Tidak ada yang membuat celaka,
Selain diri kita sendiri,
Allah Maha Menyaksikan,
Cukup Allah menyaksikan apa yang kita lakukan.

Orang yang malang,
Ketika mahu membuat taat,
Dia gagal.
Hati menjadi keras,
Semakin menjauh dari Allah.

Kuliah Ba'da Subuh
4 Disember 2014 @ 5 pagi
Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Hikmah #11

"Sekuat apapun kita, sebanyak manapun ilmu yang kita ada, 
Kita tidak akan bisa mengubah orang lain." 

Catatan Penulis #11 - Sadar

Bismillahirrohmannirrohim.

"Orang yang paling bersikap tepat adalah orang yang sadar sepenuhnya,
Orang yang kurang bagus adalah orang kurang sadar, 
dan orang yang tidak bagus adalah orang yang tidak sadar."

Kita harus sadar dalam membuat taat.
Sadar setiap perbuatan diketahui Allah,
Sadar setiap isi hati diketahui Allah.

Kita tidak harus takut dengan rezeki.
Kerana Allah sudah menetapkan rezeki setiap hamba-Nya,
Kerana Allah sudah tahu keperluan kita,
Kita cuma harus taat akan perintah-Nya.
Tetapi ini tidak bermakna bahawa kita tidak perlu berusaha.

Jangan terlalu fokus pada dunia, kerana Akhirat tujuan hidup kita.
Kita harus sadar, kerja sebagai amal ibadah.
Kita harus sibuk mencari amal untuk keredhaan Allah semata.
Hanya amal sebagai bekalan kita ke Akhirat.

Hanya orang yang sadar boleh mengerti,
Allah tahu setiap isi hati kita, perjuangan kita.
Kita dituntut oleh Allah dengan apa yang kita dipertanggungjawabkan,
Kata-kata yang dituturkan.
Kita tidak akan bisa berbohong,
Kerana sadar segalanya diperhatikan Allah.

Kajian Tauhid
3 Disember 2014 @ 8.00 malam
Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Hikmah #10

"Apa-apapun, pakai ilmunya. Semudah apapun masalah, 
jika tidak pakai ilmu,  tidak akan dapat menyelesaikan masalah."

Catatan Penulis #10 - Penyakit Hati

Bismillahirrohmannirrohim.

Penyakit hati ada tiga:
1. Qolbun Salim
2. Qolbun Maridh
3. Qolbun Mayyit

Qolbun Salim, 
Selamat dari syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah dan larangan-Nya,
Dan selamat dari syubhat iaitu sesuatu yang tidak jelas,
Yang bertentangan dengan hukum Allah SWT.
Tanda-tandanya, 
Merasa sakit jika kehilangan ketaatan kepada Allah SWT,
Sentiasa rindu untuk mengabdi diri kepada Allah, dan
Perhatian untuk sentiasa memperbaiki amalannya lebih besar daripada beramal sahaja.

Qolbun Maridh, 
Hati yang masih hidup,
Namun ada penyakit yang terkadang membuat hati sakit atau sihat.
Tanda-tandanya, 
Berbuat kebaikan tetapi pada masa yang sama masih membuat perkara yang tidak disukai Allah.

Qolbun Mayyit, 
Tidak mengenal Tuhannya, tidak beribadah kepada-Nya,
Menjadi hamba syaitan, dan tidak mendapat hidayah Allah.
Tanda-tandanya, 
Kehidupannya di bawah kendali nafsu amarah,
Tidak peduli Allah redha ataupun tidak,
Orientasinya kesenangan dunia semata.

Gejala umum penyakit hati:
1. Kehilangan cinta yang tulus, iaitu cinta Ilahi.
2. Rasa gelisah kerana urusan dunia.
3. Sulit terharu dan sulit untuk kusyuk dalam beribadah.

Ada tiga hal baik yang harus diikuti:
1. Jika diberi rezeki, dia bersyukur.
2. Bisa memberi maaf.
3. Jika marah, bisa menahannya.

P/s: Hati-hati dengan hati.

3 Disember 2014
Kelas Siti Hajar

Catatan Hikmah #9

"Jika berbuat baik kerana manusia, 
kerana mahukan penghargaan manusia, 
pasti kecewa. 
Berbuat baiklah kerana Allah, pasti bahagia."

Catatan Penulis #9 - Adab Menuntut Ilmu

Bismillahirrohmannirrohim.

"Aku belajar adab mencari ilmu terlebih dahulu sebelum mencari ilmu."
(Abdullah Ibn Mubarak) 

Beliau belajar adab selama 30 tahun,
Dan belajar ilmu selama 20 tahun,
Agar ilmunya menjadi nur, menjadi cahaya.

Ruangkan waktu untuk mencari ilmu,
Kerana mencari ilmu itu tuntutan,
Dan Allah akan meninggikan martabat orang yang mencari ilmu.

"... Allah akan mengangkat (derajat) orang-orang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat."
(Surah Al-Mujadilah: Ayat 11)

Di antara adab menuntut ilmu adalah:

1. Mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu
- Amal-amal itu hanya diterima oleh orang yang ikhlas.
- Orang-orang yang dimuliakan Allah ialah orang-orang yang niatnya menuntut ilmu kerana Allah semata.

2. Mujahadah (kesungguhan) 
- Semakin lelah mencari ilmu, semakin besar manfaat yang kita dapat.
- Kunci kesungguhan: lakukan apa yang tidak dilakukan kebanyakan orang.

3. Memohon doa yang bermanfaat kepada Allah SWT 
- Terus berdoa kerana tiada istilah berhenti mencari ilmu.

4. Menjauhkan diri dari dosa dan maksiat dengan bertaqwa kepada Allah SWT 
- Banyak taqwa, ilmu mendekat. Banyak maksiat, ilmu menjauh.

5. Tidak boleh sombong dan tidak boleh malu dalam menuntut ilmu
- Suka meremehkan orang lain dan tidak mahu menerima nasihat punca ilmu tidak mendekat.

6. Mendengar baik-baik pelajaran yang disampaikan guru

7. Diam ketika pelajaran disampaikan

8. Menghormati guru
- Sekiranya guru berbuat silap, tegur dengan baik.

9. Memilih teman yang soleh dan solehah
- Teman/ sahabat itu luar biasa pengaruhnya. Sahabat yang soleh boleh memberi manfaat kepada kita di Hari Akhirat.

10. Imam Syafi'e berkata, 
"Ilmu tidak akan diperoleh kecuali dengan:
1. Kecerdasan,
2. Gemar belajar,
3. Sungguh-sungguh,
4. Memiliki biaya,
5. Bergaul dengan guru, dan
6. Perlu waktu yang lama. "

27 November 2014 @ 4.30 petang
Kelas Siti Hajar

Wednesday, January 21, 2015

Catatan Hikmah #8

"Sesiapa yang mulai berbuat baik, 
Dia mulia di hadapan Allah."

Catatan Penulis #8 - Redha Allah ada pada Redha Ibubapa


Bismillahirrohmannirrohim. 

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil."
(Surah Al-Isra': Ayat 23-24)

Orang pertama yang kita harus perlakukan sebaik-baiknya adalah kedua orang tua kita.
Kerana,
"Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan kedua orang tua, dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan kedua orang tua." (HR Al-Hakim) 

Kalau mahu redha Allah dalam berbuat apa-apapun, mohon redha dari orang tuamu, nescaya Allah permudah segala urusanmu. 

Sentiasa mendoakan kedua orang tua,
Dari hati yang paling dalam dan tulus, 
Mohon Allah sentiasa melindungi mereka, 
Mohon Allah permudahkan sakaratul maut. 

Berusaha untuk menjadi anak yang soleh sekiranya ibu/ bapa sudah tiada.
Doa anak yang soleh penting untuk kedua orang tua, 
Kerana doa dari anak yang soleh menerangi kubur mereka. 
Sentiasa berbuat baik, 
Semoga kebaikan yang kita buat sampai kepada kedua orang tua kita.  

Di saat kita bersilaturrahim, 
Doa supaya Allah bimbing kita untuk merendahkan hati bila berbicara di depan orang tua. 
Bersikap lemah lembut dan mengawal emosi dari mengeluarkan kata-kata yang buruk. 

Sekiranya kedua orang tua kurang baik, 
Cari 1001 alasan kenapa mereka bersikap begitu. 
Dan anak yang baik, anak yang menyembunyikan kekurangan kedua orang tuanya. 

P/s: Berbuat baik kepada kedua orang tua selagi nyawa dikandung badan. Kelak menyesal pula.

Kajian Muslimah
3 Disember 2014 @ 5.00 pagi
Masjid Daarut Tauhiid 

Monday, January 19, 2015

Catatan Hikmah #7

"Setiap anak Adam mempunyai dosa dan kesalahan, 
dan sebaik orang yang bersalah adalah yang bertaubat."

Catatan Penulis #7 - Mengenal Dosa

Bismillahirrohmannirrohim.

"Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya." (HR Muslim) 

Dosa,
Yang membuat hati tidak tenang,
Apabila perintah Allah ditinggalkan.

Akar-akar dosa,
Apabila kita meninggalkan segala perintah Allah,
Dan melanggar segala hal yang dilarang-Nya.

Faktor-faktor yang membuat dosa:
1. Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat.
2. Ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama.
3. Angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki.
4. Memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat.

Dosa yang berkaitan dengan hak-hak manusia,
Dosa seperti ini tidak akan bebas/ diampuni selama orang yang terkait sebelum ini memaafkan dan menghalalkannya.

Manakala dosa yang berkaitan langsung dengan Allah SWT,
Pengampunan dari segala dosa yang berkaitan dengan Allah lebih dekat dan lebih dapat diharapkan kecuali dosa menyekutukan-Nya.
Dosa syirik tidak akan diampuni.

P/s: Semoga dosa-dosa kita diampuni. Semoga kita mati dalam keadaan beriman kepada-Nya. Aamin, Ya Rabb.

2 Disember 2014 @ 10.12 pagi
Di Kelas Siti Hajar

Catatan Hikmah #6

"Perkataan yang paling disukai Allah adalah dzikr." 

Catatan Penulis #6 - Cinta Ilmu

Bismillahirrohmannirrohim.

"Barangsiapa yang ingin berbahagia di dunia, harus dengan ilmu. 
Barangsiapa yang ingin berbahagia di akhirat, harus dengan ilmu. 
Barangsiapa yang mahu kedua-duanya, juga harus dengan ilmu."

Hukum menuntut ilmu itu adalah wajib dan ilmu yang wajib dipelajari adalah ilmu Al-Qur'an dan Hadith dan ilmu tauhid iaitu ilmu mengenal Allah SWT.

Menuntut ilmu harus dengan guru.
Sahabat Rasulullah, gurunya Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w, gurunya Malaikat Jibril dan yang paling utama gurunya, Allah SWT.

Guru harus dihormati, begitu juga dengan ilmu.
Hormati guru dengan menghindari dari berbuat hal yang guru tidak suka,
Mematuhi arahannya asalkan ianya tidak bertentang dengan ajaran Islam dan hukum Allah.
Hormati ilmu pula dengan menghormati kitab,
Belajar dalam keadaan suci dan memberi perhatian ketika belajar.

P/s: Cintailah ilmu kerana-Nya.

1 Disember 2014 @ 9.50 pagi
Di Kelas Siti Hajar

Sunday, January 18, 2015

Catatan Hati #4 - Doa Cinta Rasulullah S.A.W

Rasulullah s.a.w pernah berdoa, 

"Ya Allah, karuniakan kepadaku kecintaan kepada-Mu, 
Kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu,  dan
Kecintaan kepada apa saja yang mendekatkan diriku pada kecintaan-Mu. 
Jadikan Dzat-Mu lebih aku cintai daripada air yang dingin bagi orang yang dahaga."
(HR Abu Nu'aim) 


Catatan Hati #3 - Aku Jatuh Cinta

Sambungan... 

Bismillahirrohmannirrohim.

Ya, di Daarut Tauhiid aku jatuh cinta.
Aku jatuh cinta pada suasana ilmunya,
Aku jatuh cinta pada ilmunya,
Ilmu mengenal Allah.
Ilmu mendekatkan diri pada Allah.

Sepanjang berada di sini,
Aku mula merasai perubahan dalam diriku.
Perubahan yang baik. Alhamdulillah.
Cuma yang menjadi kebimbangan,
Adakah aku boleh kekalkan perubahan yang baik ini?
Mahu istiqomah bukan mudah.

Lalu aku bertanyakan kepada guruku, bagaimana aku boleh terus istiqomah setelah pulang nanti.

Kata beliau,
"Mahu istiqomah, mulai dengan istiqomah dalam berdzikr. Jika kita ingat pada Allah, Allah ingat pada kita. Dan bila kita ingat pada Allah, kita tidak akan melakukan perkara yang tidak disukai Allah. 
Dan, 
Cari lingkungan teman yang baik. Lingkungan teman yang baik itu, 
1. Bila ketemu, ingat ilmu. 
2. Bila bicara, tambah ilmu dan amal. 
3. Bila lihat perilaku, teringat akhirat."

Berbekalkan pesanan itu, aku bertekad untuk terus istiqomah dengan perubahan ini. Aku yakin Allah pasti bantu sekiranya aku ikhlas mahu berubah kerana-Nya, kerana mengharapkan cinta-Nya.

Aamin, Ya Rabb.

TAMAT.

Friday, January 16, 2015

Catatan Hikmah #5

"Akhwat (perempuan/ wanita), secara nafsu suka melihat dan dilihat. 
Akhwat terbaik, akhwat yang sentiasa menundukkan pandangannya."

Catatan Hikmah #4

"Boleh ketawa, bersedih.. Tetapi dengan syarat, ingat Allah." 

Catatan Penulis #5 - Jangan Marah

Bismillahirrohmannirrohim.

"Jangan marah-marah, bagimu syurga."

Orang yang pemarah, orang yang rugi segala sisi.
Setiap kali marah, dosa akan bertambah. Malah menzalimi orang lain.
Orang yang dizalimi, doanya tidak akan ditolak.

Orang yang pemarah itu sangat rendah kata-katanya,
Dan orang yang pemarah akan jatuh wibawanya,
Kerana pemarah pendorongnya nafsu.
Berbeza dengan orang yang tegas dan adil.

Orang yang pemarah itu tidak bahagia, sistem tubuhnya terganggu.
Belajarlah bertoleransi dengan pendapat dan keadaan orang lain.
Ketika sedang marah, istighfarlah.

P/s: Jangan marah-marah nanti cepat tua.

Kuliah Ba'da Subuh
30 November 2014 @ 5.00 pagi
Di Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Penulis #4 - Tawadhu' vs Takabbur

Bismillahirrohmannirrohim.

Salah satu yang membuat hidup ini nyaman adalah bersikap tawadhu' (rendah hati). Tidak cukup dengan memperbanyak amal sahaja, kita juga perlu lihat perkara yang memburukkan amal kita iaitu takabbur.

Kita perlu kenal ciri-ciri orang yang tawadhu'.
Orang yang tawadhu', orang ramai atau sedikit kelakuannya tetap sama.
Orang yang tawadhu',  tidak merasa dirinya tawadhu'.
Kalau dia merasa, itu takabbur.

Di antara ciri-ciri orang yang takabbur:
1. Perlu memberitahu orang lain perkara baik yang dilakukannya.
2. Tidak tunduk kepada hukum Allah kerana dia merasa ada yang lebih besar.
3. Tidak suka mendengar nasihat, rasa jengkel.
4. Suka meremehkan orang lain dari segala bentuk.
    - Kita dilarang untuk meremehkan orang lain kerana mereka itu hamba Allah dan Allah sayang mereka. Kita juga tidak tahu rencana Allah pada setiap hamba-Nya.
5. Suka membeza-bezakan tetamu.
    - Kita tidak tahu tetamu mana yang membawa rahmah.
6. Orang yang takabbur akan merasa dirinya bagus. Tidak mengaku, tetapi badannya memberi reaksi.
    - Orang yang takabbur, hatinya tidak nyaman berbeza dengan hati orang yang tawadhu'.

P/s : Semoga kita tergolong di kalangan orang yang bersikap tawadhu'. Aamiin, Ya Rabb.

Kuliah Ba'da Subuh
28 November 2014
Di Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Hikmah #3

"Senyummu di hadapan temanmu adalah sedekah."

Catatan Penulis #3 - Yakin pada Allah

Bismillahirrohmannirrohim.

"Ingin bahagia, Allah ada bahagia. 
Ingin tenang, Allah ada ketenangan. 
Ingin cukup, Allah pemilik langit dan bumi. 
Dia pemberi rezeki."

Tidak ada yang lebih menyayangi kita selain Allah SWT.
Sifat Ar-Rahman Ar-Rahim Allah meliputi semua makhluknya.
Sebahagian tidak beriman, tetapi Allah mencukupi segala keperluannya.
Tetapi itu cuma lahiriah.
Jadi, tidak perlu dengki pada yang diberi dunia bukan  akhirat.

Yang kita harus iri itu orang yang hatinya diberi yakin kepada Allah.
Dia yakin yang memberi rezeki itu Allah. Itu lebih nyaman.
Jadi, kenapa kita harus iri?
Kerana tidak semua yang diberi yakin kepada Allah.
Mereka husnudzon. Mereka bersangka baik kepada Allah.
Sentiasa berdoa semoga Allah karuniakan kepada kita hati yang yakin kepada-Nya.
Itu tingkat yang paling tinggi.

Kadang-kadang Allah tidak berikan apa yang kita inginkan kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
Janganlah bersedih, yakin pada Allah dan sabar menunggu.
Allah pasti mahukan yang terbaik buat hamba-Nya.

P/s: Kuncinya, Yakin pada Allah!

Kajian Ma'arifatullah
27 November 2014 @ 8.00 malam
Di Dar al-Haj

Monday, January 12, 2015

Catatan Hati #2 - Allah itu dekat

Kamu,
Jangan pernah berhenti berdoa,
Allah itu Maha Mendengar,
Dia Maha Mendengar doa setiap hamba-Nya.

Berdoalah dari hati yang tulus ikhlas,
Hati yang merintih mengharapkan pertolongan dari-Nya,
Nescaya Dia akan perkenankan doamu.
Bila?
Pada waktu yang tidak disangka-sangka,
Pada waktu yang terbaik.

Jadi,
Bertenanglah.. Dan berdoa.
Sesungguhnya, Allah itu dekat.

Catatan Hati #1 - Cerita Cinta

Bismillahirrohmannirrohim.

Ceritanya bermula lebih kurang tiga tahun yang lalu. Bila aku tanya Kak Dyll (a very special person of mine ;p) apa perasaan bila dia mula-mula menjejakkan kaki ke Daarut Tauhiid (DT)?

"Bila jejak je kaki ke Daarut Tauhiid, hati rasa nyaman je. Tenang je, " kata Kak Dyll. 

Sejak dari itu, aku mula menanamkan azam untuk ke sana. Aku mahu rasa kenyamanan itu. Aku mahu rasa ketenangan itu. Tetapi atas beberapa kekangan, niatku terpaksa dihentikan dahulu.

Sehinggalah beberapa bulan yang lepas, keinginan aku untuk je DT kembali memuncak.

Hati aku berdoa, hati aku merintih,
Mohon Allah permudahkan jalan untuk aku ke sana,
Mohon Allah lembutkan hati mak ayah untuk mengizinkan anaknya ini ke sana,
Mohon Allah tunjukkan apa yang terbaik buat diriku.

Saban hari aku lawati website DT, tengok apa program yang boleh aku ikut, tengok tarikh pengambilan baru. Saban hari aku menghubungi pihak DT namun gagal. Kecewa kejap.

Dan malam itu aku bermimpi. Aku bermimpi aku dapat menghubungi pihat DT. Keesokan harinya, aku cuba. Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat berhubung dengan pihak DT!

Sejak itu,
Setiap urusanku dipermudahkan.
Allah menitipkan aku seorang teman untuk menemani aku ke sana,
Allah melembutkan hati mak dan ayahku yang telah mengizinkan anaknya ke sana,
Allah mengabulkan doaku di saat aku mempunyai wang yang cukup untuk biaya dan belanja di sana,
Allah mendengarkan doaku, Allah perkenankan doaku.
Dan pertolongan dari-Nya tidak sedikit. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tiga minggu selepas kejadian,
Aku tiba di Daarut Tauhiid.
Di saat aku menjejakkan kaki di sana,
Aku rasa kenyamanan itu. Aku rasa ketenangan itu.
Lalu aku jatuh cinta.

Bersambung...

Catatan Hikmah #2

"Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, 
Allah permudahkan jalannya ke syurga." (HR Muslim) 

Catatan Penulis #2 - Niat vs Amal

Bismillahirrohmannirrohim.

Apa kata ulama'?
"Pelajari niat kerana niat itu lebih sempurna dari amal. " - Yahya bin Katsier rahimahulloh
"Berapa banyak amal yang kecil menjadi besar kerana niat." - Ibnu Mubarak rahimahulloh

Kedudukan niat dalam amal:
Niat merupakan barometer untuk meluruskan amal perbuatan. Apabila niat baik, maka amalan menjadi baik. Dan begitulah sebaliknya.
Orang-orang yang ikhlas dalam beramal soleh adalah orang yang beramal hanya kerana mengharapkan redha Allah semata diiringi rasa  raja' (berharap) dan khauf (takut akan siksaan-Nya).

Kiat untuk menumbuhkan keikhlasan:
1. Mengetahui erti keikhlasan
2. Menambah pengetahuan tentang Allah SWT dan Hari Kiamat
3. Memperbanyak baca/ interaksi dengan Al-Qur'an
4. Memperbanyak amal rahsia sehingga kita terbiasa untuk beramal kerana Allah semata tanpa diketahui orang lain.
5. Menghindari/ mengurangi saling memuji kerana pujian membuat orang jadi lalai hatinya dan sombong.
6. Berdoa dengan tujuan agar selalu diberi keikhlasan dan dijauhi dari bersikap takabbur.

Tingkat keikhlasan:
1. Rasa takut pada siksaan Allah pada Hari Akhirat
2. Berharap pahala
3. Mahabbah (cinta)

P/s: Semoga kita dikaruniakan hati yang ikhlas. Aamiin, Ya Rabb.

27 November 2014 @ 4.30 petang
Di Kelas Siti Hajar

Saturday, January 10, 2015

Catatan Hikmah #1

"Tiada satu kebaikan yang tidak dilihat Allah. 
Dakwah kita, walaupun tidak didengar, tidak diturut, ianya tetap dicatat." 

Catatan Penulis #1 - Sayangi untuk disayangi

Bismillahirrohmannirrohim.

"Sayangi yang di bumi, nescaya yang di langit menyayangi.."

Orang yang dihatinya punya kasih sayang,
dia akan disayangi Allah, dia akan dekat dengan rahmat Allah.
Manakala, orang yang dihatinya kurang kasih sayang,
dia akan jauh dari rahmat Allah.

Orang yang punya kasih sayang,
Bila lihat orang dililit hutang, ingin membantu orang itu melunaskan hutangnya.
Bila lihat orang sedang bersedih, ingin membantu orang itu menghilangkan kesedihannya.
Akan membantu orang yang lupa jadi ingat, orang yang kurang semangat jadi bersemangat.

Lalu kita bagaimana?
Kita akan dicukupkan Allah.
Mengalirkan rezeki kita, InsyaAllah Allah akan ganti.
Yakin pada rezeki Allah.

Doakan kebaikan kepada orang yang sakitkan hati kita.
Kasihankan mereka kerana dosa-dosa mereka.
Doakan mereka tanpa perlu memberitahu mereka.
Cukup Allah yang tahu.

P/s: Carilah rahmat Allah dengan menyayangi makhluk Allah. :)

Kajian Tauhid
26 November 2014 @ 8.00 malam
Di Masjid Daarut Tauhiid

Entri Tahun Baru

2015.
Tahun baru lagi.

Hidup baru, di tempat baru.
Perubahan baru.

Alhamdulillah, bahagia.

***

Benar,
Bila kita bisa membahagiakan hati yang lain,
Hati kita turut merasa bahagia.