Kerana-Nya,

Monday, October 15, 2012

Bila diuji.

Bismillah.


Si Danbo yang Kak Dyll suka.
Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini pasti diuji. Oleh kerana aku bukan alien, aku turut sama diuji. Aku diuji apabila kehilangan telefon bimbit, dompet dan barangan berharga yang lain. Pertama kali, dicuri. 

Kadang-kadang, sesuatu perkara itu kita tidak akan tahu selagi kita tak rasa. Bila aku dah rasa, baru aku tahu. Sakit juga hati. Namun aku bersyukur, bila aku sudah ditarbiyyahkan yang setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Pasti Allah mahu mengantikan dengan lebih baik. 

Bila fikir-fikir balik, betul juga.

IC aku tu dari Darjah 6 tak pernah bertukar. Warna pun dari biru bertukar kuning. Dapatlah ganti yang baru. Kalau tak hilang, memang sampai ke tualah tak berganti. *Senyum.

Kad sim celcom pun sudah terbelah dua. Boleh ganti yang baru. *Senyum.

Dua HP hilang, nanti mungkin dapat tiga. Yang lagi canggih. HAHA. *sedapkan hati. (ok, itu dunia :P)

Selain itu, kena lah muhasabah balik kenapa Allah nak tarik nikmat itu semua. Ye tak, arina. *Senyum.

Perancangan Allah juga yang lebih baik. ;)

p/s:  Semoga si pencuri tu mendapat hidayah, lepas ni tak mencuri dah. Aminn... ;)

Sunday, October 14, 2012

Menulis.

Bismillah. 

Jarang sekali aku menulis. Bukan tidak mahu tapi entah lah.. Tiada motivasi kali. Tika sendiri di bilik, aku belek buku-buku di rak. Terjumpa novel ini;


  

Tiada motivasi untuk menulis? Nah…

“Menulis itu bukan sekadar mencoretkan kata-kata di atas kertas bagi memberitahu dunia berkenaan diri kita. Tetapi menulis itu juga adalah berkongsi sesuatu yang kita tahu. Kita berkongsi dan memberi ilmu kepada semua manusia. Jadi mungkin saat ini, kamu boleh memegang kata-kata itu, menulis bertujuan berkongsi.” 
(Penulis yang Disayang Tuhan, Bahruddin Bekri)

InshaAllah, aku pegang kata-kata tu. Menulis bertujuan berkongsi.

 p/s: Penulis ni memang tak pernah mengecewakan aku. :)
 

Wednesday, August 15, 2012

Misi 2012

Assalamualaikum,

10 hari lagi aku akan berangkat ke China. InshaAllah...


Walaupun sejujurnya aku belum bersedia. Semoga semuanya kan baik-baik saja. 
Doakan kami. ;)

Misi Rahmatan lil 'Alamin.

Friday, April 13, 2012

Hidup Tanpa Penangguhan!

Salam.


Sekarang saya sedang menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok. Ya, esok. Dan, saya baru selesai menyiapkannya separuh. *Sigh. Tugasan ini seingat saya diberi oleh madam sejak minggu pertama sem ini. Sikap suka melakukan kerja di saat akhir memang tidak boleh dipisahkan dari saya dan saya tahu perangai saya yang satu ini memang tidak menjanjikan masa depan yang baik buat saya. Mesti sesiapa yang baca entri saya ini akan cakap, "Kalau dah tahu, kenapa buat?" Betul kan saya teka. Hikhik. Hmm, sebenarnya setiap kali sem baru, setiap kali itu jugalah saya menanamkan azam yang baru dan tidak menangguhkan kerja merupakan salah satu azam yang wajib ada selain azam-azam yang lain. Bukannya saya tidak pernah cuba, tetapi saya gagal. Namun, tugasan itu dapat juga saya siapkan cuma mungkin hasilnya berbeza sekiranya saya buat lebih awal. Huhu.

Irfan Khairi kata, sikap suka menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Uih, takutnya.

Ini di antara tip-tip yang saya ambil dari blog dia;
1) Hentikan memberi alasan.
2) Bersikap serius dalam mengambil keputusan hari ini!
3) Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat.

Mungkin saya terlalu banyak memberi alasan. Jadi, perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah berhenti memberi alasan untuk tidak berbuat. :)

Saya betul mahu ubah sikap saya yang satu ini. Tolong ingatkan saya ya.

"Life Without Procrastination!"

01:25 am
Mahallah Asiah

Wednesday, April 11, 2012

Cantik.


Mesti nampak cantik kalau kita cakap pun benda yang cantik-cantik. 
Setiap apa yang kita kata kan melambangkan siapa diri kita. 
v(^.~)v

Monday, January 9, 2012

Matahari.

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Jadilah sepertinya, sinar cahaya kepada semua, 
sumber tenaga segala, paksi untuk semesta, 
sinarnya sampai walau dalam gelita." - Hilal Asyraf

Buku ni Kakak Comel yang bagi. Terima kasih kakak. *WinkWink

**********

Aku: Macam mana ya kak kalau kita nak apa yang kita baca tu bermanfaat juga pada orang lain?
Kakak: Melalui perkongsian...

Aku: Macam mana nak kongsi?
Kakak: Melalui percakapan, penulisan...

Aku: Nah, penulisan. Macam mana pula kalau kita nak apa yang kita tulis tu betul sampai pada pembaca?
Kakak: Direct je la... Jangan risau penulisan awak tu memang direct...

*Sengih.

p/s: Suka baca blog sorang kawan ni. Santai tetapi sangat menarik. Huhu~

Wednesday, January 4, 2012

Ikhlas.

Bismillah.

 

Tertanya-tanya macam mana nak ikhlaskan hati...

Hmm, macam mana ya?

......

Agak-agak kalau cakap ikhlaskan hati-ikhlaskan hati banyak-banyak kali 
hati akan jadi ikhlas tak? :P

Kata kakak;
“Kalau nak ikhlas, lepas buat sesuatu kebaikan, lupakan”.

Tak payah nak ungkit-ungkit, sebut-sebut.

Analogi yang diberikan oleh seorang kawan;
“Macam awak masuk tandas, buang air, kemudian lupakan.” (Ada ke orang ingat-ingat balik lepas dia buang air?)

Eheh~

p/s: Allah lebih tahu. :)