Kerana-Nya,

Saturday, January 31, 2015

Catatan Penulis #18 - Kemuliaan Ilmu


Bismillahirrohmannirrohim.

Ilmu sememangnya dikhususkan bagi manusia.
Segala hal selain ilmu bisa dimiliki manusia,
dimiliki juga oleh haiwan.
Manusia yang tidak punya ilmu,
sama seperti haiwan.
Bahkan lebih rendah dari haiwan.
Tanpa ilmu, manusia hanya memuaskan nafsu sahaja.

Kerana ilmu pengetahuan,
Allah utamakan Nabi Adam a.s dari Malaikat.
Kerana itu jugalah Allah perintahkan Malaikat untuk sujud kepada Nabi Adam a.s
Allah mengajarkan Nabi Adam dengan nama-nama segala sesuatu,
dan apabila Allah sandarkan nama-nama itu pada Malaikat,
Malaikat tidak dapat menjawabnya.

Hikmah buat kita,
apabila Nabi Adam a.s turun ke bumi,
dia sudah diajarkan segala-galanya.
Manusia sudah mulia dengan ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan akan membentengkan kita dari terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh menyesatkan iman kita.
Ilmu juga bisa menjadikan pemiliknya seorang yang bertaqwa,
dan ketaqwaan membuat seseorang berhak mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT.

Kuliah Ba’da Maghrib
5 Disember 2014 @ 6.24 petang
Masjid Daarut Tauhiid

No comments: