Kerana-Nya,

Wednesday, January 21, 2015

Catatan Penulis #8 - Redha Allah ada pada Redha Ibubapa


Bismillahirrohmannirrohim. 

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil."
(Surah Al-Isra': Ayat 23-24)

Orang pertama yang kita harus perlakukan sebaik-baiknya adalah kedua orang tua kita.
Kerana,
"Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan kedua orang tua, dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan kedua orang tua." (HR Al-Hakim) 

Kalau mahu redha Allah dalam berbuat apa-apapun, mohon redha dari orang tuamu, nescaya Allah permudah segala urusanmu. 

Sentiasa mendoakan kedua orang tua,
Dari hati yang paling dalam dan tulus, 
Mohon Allah sentiasa melindungi mereka, 
Mohon Allah permudahkan sakaratul maut. 

Berusaha untuk menjadi anak yang soleh sekiranya ibu/ bapa sudah tiada.
Doa anak yang soleh penting untuk kedua orang tua, 
Kerana doa dari anak yang soleh menerangi kubur mereka. 
Sentiasa berbuat baik, 
Semoga kebaikan yang kita buat sampai kepada kedua orang tua kita.  

Di saat kita bersilaturrahim, 
Doa supaya Allah bimbing kita untuk merendahkan hati bila berbicara di depan orang tua. 
Bersikap lemah lembut dan mengawal emosi dari mengeluarkan kata-kata yang buruk. 

Sekiranya kedua orang tua kurang baik, 
Cari 1001 alasan kenapa mereka bersikap begitu. 
Dan anak yang baik, anak yang menyembunyikan kekurangan kedua orang tuanya. 

P/s: Berbuat baik kepada kedua orang tua selagi nyawa dikandung badan. Kelak menyesal pula.

Kajian Muslimah
3 Disember 2014 @ 5.00 pagi
Masjid Daarut Tauhiid 

No comments: