Kerana-Nya,

Saturday, January 24, 2015

Catatan Penulis #10 - Penyakit Hati

Bismillahirrohmannirrohim.

Penyakit hati ada tiga:
1. Qolbun Salim
2. Qolbun Maridh
3. Qolbun Mayyit

Qolbun Salim, 
Selamat dari syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah dan larangan-Nya,
Dan selamat dari syubhat iaitu sesuatu yang tidak jelas,
Yang bertentangan dengan hukum Allah SWT.
Tanda-tandanya, 
Merasa sakit jika kehilangan ketaatan kepada Allah SWT,
Sentiasa rindu untuk mengabdi diri kepada Allah, dan
Perhatian untuk sentiasa memperbaiki amalannya lebih besar daripada beramal sahaja.

Qolbun Maridh, 
Hati yang masih hidup,
Namun ada penyakit yang terkadang membuat hati sakit atau sihat.
Tanda-tandanya, 
Berbuat kebaikan tetapi pada masa yang sama masih membuat perkara yang tidak disukai Allah.

Qolbun Mayyit, 
Tidak mengenal Tuhannya, tidak beribadah kepada-Nya,
Menjadi hamba syaitan, dan tidak mendapat hidayah Allah.
Tanda-tandanya, 
Kehidupannya di bawah kendali nafsu amarah,
Tidak peduli Allah redha ataupun tidak,
Orientasinya kesenangan dunia semata.

Gejala umum penyakit hati:
1. Kehilangan cinta yang tulus, iaitu cinta Ilahi.
2. Rasa gelisah kerana urusan dunia.
3. Sulit terharu dan sulit untuk kusyuk dalam beribadah.

Ada tiga hal baik yang harus diikuti:
1. Jika diberi rezeki, dia bersyukur.
2. Bisa memberi maaf.
3. Jika marah, bisa menahannya.

P/s: Hati-hati dengan hati.

3 Disember 2014
Kelas Siti Hajar

No comments: