Kerana-Nya,

Monday, January 19, 2015

Catatan Penulis #6 - Cinta Ilmu

Bismillahirrohmannirrohim.

"Barangsiapa yang ingin berbahagia di dunia, harus dengan ilmu. 
Barangsiapa yang ingin berbahagia di akhirat, harus dengan ilmu. 
Barangsiapa yang mahu kedua-duanya, juga harus dengan ilmu."

Hukum menuntut ilmu itu adalah wajib dan ilmu yang wajib dipelajari adalah ilmu Al-Qur'an dan Hadith dan ilmu tauhid iaitu ilmu mengenal Allah SWT.

Menuntut ilmu harus dengan guru.
Sahabat Rasulullah, gurunya Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w, gurunya Malaikat Jibril dan yang paling utama gurunya, Allah SWT.

Guru harus dihormati, begitu juga dengan ilmu.
Hormati guru dengan menghindari dari berbuat hal yang guru tidak suka,
Mematuhi arahannya asalkan ianya tidak bertentang dengan ajaran Islam dan hukum Allah.
Hormati ilmu pula dengan menghormati kitab,
Belajar dalam keadaan suci dan memberi perhatian ketika belajar.

P/s: Cintailah ilmu kerana-Nya.

1 Disember 2014 @ 9.50 pagi
Di Kelas Siti Hajar

No comments: