Kerana-Nya,

Friday, January 16, 2015

Catatan Penulis #4 - Tawadhu' vs Takabbur

Bismillahirrohmannirrohim.

Salah satu yang membuat hidup ini nyaman adalah bersikap tawadhu' (rendah hati). Tidak cukup dengan memperbanyak amal sahaja, kita juga perlu lihat perkara yang memburukkan amal kita iaitu takabbur.

Kita perlu kenal ciri-ciri orang yang tawadhu'.
Orang yang tawadhu', orang ramai atau sedikit kelakuannya tetap sama.
Orang yang tawadhu',  tidak merasa dirinya tawadhu'.
Kalau dia merasa, itu takabbur.

Di antara ciri-ciri orang yang takabbur:
1. Perlu memberitahu orang lain perkara baik yang dilakukannya.
2. Tidak tunduk kepada hukum Allah kerana dia merasa ada yang lebih besar.
3. Tidak suka mendengar nasihat, rasa jengkel.
4. Suka meremehkan orang lain dari segala bentuk.
    - Kita dilarang untuk meremehkan orang lain kerana mereka itu hamba Allah dan Allah sayang mereka. Kita juga tidak tahu rencana Allah pada setiap hamba-Nya.
5. Suka membeza-bezakan tetamu.
    - Kita tidak tahu tetamu mana yang membawa rahmah.
6. Orang yang takabbur akan merasa dirinya bagus. Tidak mengaku, tetapi badannya memberi reaksi.
    - Orang yang takabbur, hatinya tidak nyaman berbeza dengan hati orang yang tawadhu'.

P/s : Semoga kita tergolong di kalangan orang yang bersikap tawadhu'. Aamiin, Ya Rabb.

Kuliah Ba'da Subuh
28 November 2014
Di Masjid Daarut Tauhiid

No comments: