Kerana-Nya,

Saturday, February 14, 2015

Catatan Penulis #25 – Jaga Hati, Jaga Kata-kata



Bismillahirrohmanirrohim.

Rasulullah s.a.w tidak pernah mencaci kerana tiada makian dalam hatinya.
Kalau ada orang yang menghina kita,
Dia sebenarnya menceritakan kehinaan dirinya.
Orang yang hatinya kotor,
Mudah mengeluarkan kata-kata yang kotor.

Perbaiki hati, kita akan keluarkan kata-kata yang baik.
Harus belajar bersihkan hati,
Hati baik semuanya akan menjadi baik.
Mereka tidak berkata-kata, kecuali dengan izin Allah.

Apabila kita dihina, ianya
      1. Ujian kesabaran
      2. Infromasi dari Allah untuk koreksi diri
      3. Penghinaan di mata manusia, bagaimana dengan penghinaan kita di mata Allah? Fikir-fikirkan.

Kajian Hikam
11 Disember 2014 @ 3.30 petang
Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Penulis #23 – Kiat-kiat Sederhana Menghindari Maksiat

Bismillahirrohmanirrohim.

“Orang yang beruntung, orang yang yakin dalam keadaan duduk begini,
Allah tahu segala isi hati. Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”

Kita tergelincir bukan kerana bisikan syaitan atau iblis,
Tetapi kerana kita yang mengikut hasutan mereka.
Di saat kita berbuat maksiat, kita menzalimi diri kita sendiri.
Apabila kita berbuat baik,
Baik akan kembali kepada kita.
Dan apabila kita berbuat keburukan,
Keburukan akan kembali kepada kita.

Ujian penggugur dosa, pengangkat darjat, penguat iman.
Kalau pembohong, hatinya tidak akan bisa tenang.
Orang yang berpacaran juga, hatinya tidak akan tenang.
Kerana itu tidak halal.
Jatuh cinta tidak pada waktunya, rugi.
Tubuh telah dirancang oleh Allah untuk mencintai kejujuran.
Apabila kita berbuat sesuatu yang dilarang,
Akan memutuskan hubungan kita dengan Allah.

Bersikaplah dengan lemah lembut,
Orang yang bersikap kasar,
Akan menyebabkan orang menjauh darinya.
Sekiranya kelembutan hilang,
Hilanglah keindahannya.

Teknik hadir rasa kasih sayang dan melembutkan hati:

      1. Merasa persaudaraan diperlebar
    - Melihat orang yang susah, itu saudara kita 
      2. Sering bergaul dengan orang yang kurang bernasib baik
    - Melihat anak yatim, belai mereka
      3. Empati
    - Merasa kita berada di tempat orang susah itu
    - Sekiranya ada yang minta pertolongan, bayangkan bagaimana kalau kita di tempat mereka
      4. Mendoakan
    - Sentiasa mendoakan sahabat-sahabat

P/s: Yang buat kita masuk syurga adalah dengan rahmat Allah. Jangan pernah berputus asa dalam melakukan kebaikan kerana rahmat Allah itu luas.

Kajian Ba’da Subuh
11 Disember 2014 @ 4.50 pagi
Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Penulis #24 – Keutamaan Mencari Ilmu

Bismillahirrohmanirrohim.

Ilmu merupakan salah satu karunia Allah,
Yang bisa membuatkan kita mendapatkan yang terbaik,
Di dunia mahupun di akhirat.
Mencari ilmu itu pahala dan amal soleh.

Ilmu adalah pemandu amal,
Kurang ilmu, kurang amal.
Kurang ilmu, kurang imannya.
Padahal bekal untuk ke Akhirat adalah amal soleh.

Orang yang dikehendaki Allah kebaikan,
Orang yang Allah berikan kepadanya ilmu agama.
Ilmu diciptakan oleh Allah supaya akhirnya mereka takut kepada Allah.
Orang yang berilmu tinggi, orang yang takut kepada Allah.

Ilmu mengenal Allah penting,
Orang yang tidak mengenali Allah, tidak mengenali penciptanya.
Orang yang tidak mengenali penciptanya, tidak akan mengenali dirinya.
Orang yang jauh dari Allah, tidak akan beroleh ketenangan.

P/s: Carilah ilmu sebagai bekalan ke Akhirat kelak.

11 Disember 2014 @ 10.15 pagi
Eco Pesantren Daarut Tauhiid

Catatan Penulis #22 – Hanya Allah

Bismillahirrohmanirrohim.

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,
dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya.” (Surah Al-Qaf: Ayat 16)

Pengetahuan Allah menyelimuti semua,
Dari hati sehingga sel-sel di dalam badan kita.
Allah yang membolak-balikkan hati,
Kerana Dia yang menciptakan rasa,
Rasa cinta, kecewa, sedih, gembira dan lain-lain.

Jangan terlalu galau tentang masalah kita,
Allah tahu persis hati kita.
Kembali pada Allah,
Hanya Allah yang boleh membantu kita.
Allah bersama kita di manapun kita berada.

Kita ini setiap saat ada dalam genggaman Allah,
Orang yang semakin dekat dengan Allah,
Akan menjaga pandangannya, hatinya.

Yakin dengan Allah,
Allah menilai semuanya,
Dan hanya Allah yang boleh memberi karunia kepada kita.
Tiada yang kebetulan,
Semuanya kerana Allah yang ingin memperlihatkan semua,
Semua itu rahmat Allah.

Bagaimana mahu yakin dengan Allah?
Harus yakin bahawa Allah tahu siapa yang mahu dekat dengan-Nya,
Dan siapa yang tidak mahu dekat dengan-Nya.
Selain itu, untuk yakin harus menuntut ilmu,
Menuntut ilmu dengan guru yang boleh mengajarkan kita ilmu mengenal Allah,
Kita juga harus sentiasa mujahadah,
Setiap urusan harus minta dengan Allah,
Hanya Allah.

Kajian Tauhid
10 Disember 2014 @ 7.50 malam
Masjid Daarut Tauhiid

Catatan Penulis #21 – Tips Pendidikan Anak-anak

Bismillahirrohmanirrohim.

Islam sangat mementingkan pendidikan anak-anak. Di antara tips pendidikan anak-anak adalah:

      1. Menanamkan akidah dan tauhid yang benar
    - Kezaliman yang paling besar adalah menyekutukan Allah
    - Tanamkan akidah siapa Allah, di mana Allah, dan bagaimana mahu mengenal Allah
    - Penuhi hak Allah iaitu keimanan. Mohon pertolongan hanya pada Allah.

      2. Mengajari anak untuk melaksanakan ibadah.

      3. Mengajari anak untuk belajar Al-Qur’an dan hadith
    - Untuk mengajari anak, ibubapa juga harus rajin membaca dan memiliki ilmu
    - Ibubapa harus faham hadith sebelum mengajarinya kepada anak-anak.

      4. Mendidik anak pelbagai akhlak dan adab bersesuaian dengan jantinyanya.

      5. Membiasakan anak-anak dalam pakaian yang syar’ie, membiasakan anak-anak dengan bicara yang syar’ie.

Kajian Ba’da Subuh
10 Disember 2014 @ 5.00 pagi
Masjid Daarut Tauhiid