“Orang
yang beruntung, orang yang yakin dalam keadaan duduk begini,
Allah
tahu segala isi hati. Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”
Kita tergelincir bukan kerana bisikan syaitan atau
iblis,
Tetapi kerana kita yang mengikut hasutan mereka.
Di saat kita berbuat maksiat, kita menzalimi diri
kita sendiri.
Apabila kita berbuat baik,
Baik akan kembali kepada kita.
Dan apabila kita berbuat keburukan,
Keburukan akan kembali kepada kita.
Ujian penggugur dosa, pengangkat darjat, penguat
iman.
Kalau pembohong, hatinya tidak akan bisa tenang.
Orang yang berpacaran juga, hatinya tidak akan
tenang.
Kerana itu tidak halal.
Jatuh cinta tidak pada waktunya, rugi.
Tubuh telah dirancang oleh Allah untuk mencintai
kejujuran.
Apabila kita berbuat sesuatu yang dilarang,
Akan memutuskan hubungan kita dengan Allah.
Bersikaplah dengan lemah lembut,
Orang yang bersikap kasar,
Akan menyebabkan orang menjauh darinya.
Sekiranya kelembutan hilang,
Hilanglah keindahannya.
Teknik hadir rasa kasih sayang dan melembutkan
hati:
1. Merasa persaudaraan diperlebar
-
Melihat orang yang susah, itu saudara kita
2. Sering bergaul dengan orang yang kurang bernasib
baik
-
Melihat anak yatim, belai mereka
3. Empati
-
Merasa kita berada di tempat orang susah itu
-
Sekiranya ada yang minta pertolongan, bayangkan bagaimana kalau kita di tempat
mereka
4. Mendoakan
- Sentiasa
mendoakan sahabat-sahabat
P/s: Yang buat kita masuk syurga adalah dengan
rahmat Allah. Jangan pernah berputus asa dalam melakukan kebaikan kerana rahmat
Allah itu luas.
Kajian Ba’da Subuh
11 Disember 2014 @ 4.50 pagi
Masjid Daarut Tauhiid
No comments:
Post a Comment