Kamu,
Jangan pernah berhenti berdoa,
Allah itu Maha Mendengar,
Dia Maha Mendengar doa setiap hamba-Nya.
Berdoalah dari hati yang tulus ikhlas,
Hati yang merintih mengharapkan pertolongan dari-Nya,
Nescaya Dia akan perkenankan doamu.
Bila?
Pada waktu yang tidak disangka-sangka,
Pada waktu yang terbaik.
Jadi,
Bertenanglah.. Dan berdoa.
Sesungguhnya, Allah itu dekat.
"Ilmu itu umpama mangsa yang diburu, maka apabila kamu mendapat mangsa hendaklah diikat. Mengikat ilmu itu adalah dengan cara dicatit." (Imam as-Syafie)
Kerana-Nya,
Monday, January 12, 2015
Catatan Hati #1 - Cerita Cinta
Bismillahirrohmannirrohim.
Ceritanya bermula lebih kurang tiga tahun yang lalu. Bila aku tanya Kak Dyll (a very special person of mine ;p) apa perasaan bila dia mula-mula menjejakkan kaki ke Daarut Tauhiid (DT)?
"Bila jejak je kaki ke Daarut Tauhiid, hati rasa nyaman je. Tenang je, " kata Kak Dyll.
Sejak dari itu, aku mula menanamkan azam untuk ke sana. Aku mahu rasa kenyamanan itu. Aku mahu rasa ketenangan itu. Tetapi atas beberapa kekangan, niatku terpaksa dihentikan dahulu.
Sehinggalah beberapa bulan yang lepas, keinginan aku untuk je DT kembali memuncak.
Hati aku berdoa, hati aku merintih,
Mohon Allah permudahkan jalan untuk aku ke sana,
Saban hari aku lawati website DT, tengok apa program yang boleh aku ikut, tengok tarikh pengambilan baru. Saban hari aku menghubungi pihak DT namun gagal. Kecewa kejap.
Dan malam itu aku bermimpi. Aku bermimpi aku dapat menghubungi pihat DT. Keesokan harinya, aku cuba. Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat berhubung dengan pihak DT!
Sejak itu,
Setiap urusanku dipermudahkan.
Allah menitipkan aku seorang teman untuk menemani aku ke sana,
Allah melembutkan hati mak dan ayahku yang telah mengizinkan anaknya ke sana,
Allah mengabulkan doaku di saat aku mempunyai wang yang cukup untuk biaya dan belanja di sana,
Allah mendengarkan doaku, Allah perkenankan doaku.
Dan pertolongan dari-Nya tidak sedikit. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tiga minggu selepas kejadian,
Aku tiba di Daarut Tauhiid.
Di saat aku menjejakkan kaki di sana,
Aku rasa kenyamanan itu. Aku rasa ketenangan itu.
Lalu aku jatuh cinta.
Bersambung...
Ceritanya bermula lebih kurang tiga tahun yang lalu. Bila aku tanya Kak Dyll (a very special person of mine ;p) apa perasaan bila dia mula-mula menjejakkan kaki ke Daarut Tauhiid (DT)?
"Bila jejak je kaki ke Daarut Tauhiid, hati rasa nyaman je. Tenang je, " kata Kak Dyll.
Sejak dari itu, aku mula menanamkan azam untuk ke sana. Aku mahu rasa kenyamanan itu. Aku mahu rasa ketenangan itu. Tetapi atas beberapa kekangan, niatku terpaksa dihentikan dahulu.
Sehinggalah beberapa bulan yang lepas, keinginan aku untuk je DT kembali memuncak.
Hati aku berdoa, hati aku merintih,
Mohon Allah permudahkan jalan untuk aku ke sana,
Mohon Allah lembutkan hati mak ayah untuk mengizinkan anaknya ini ke sana,
Mohon Allah tunjukkan apa yang terbaik buat diriku.Saban hari aku lawati website DT, tengok apa program yang boleh aku ikut, tengok tarikh pengambilan baru. Saban hari aku menghubungi pihak DT namun gagal. Kecewa kejap.
Dan malam itu aku bermimpi. Aku bermimpi aku dapat menghubungi pihat DT. Keesokan harinya, aku cuba. Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat berhubung dengan pihak DT!
Sejak itu,
Setiap urusanku dipermudahkan.
Allah menitipkan aku seorang teman untuk menemani aku ke sana,
Allah melembutkan hati mak dan ayahku yang telah mengizinkan anaknya ke sana,
Allah mengabulkan doaku di saat aku mempunyai wang yang cukup untuk biaya dan belanja di sana,
Allah mendengarkan doaku, Allah perkenankan doaku.
Dan pertolongan dari-Nya tidak sedikit. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tiga minggu selepas kejadian,
Aku tiba di Daarut Tauhiid.
Di saat aku menjejakkan kaki di sana,
Aku rasa kenyamanan itu. Aku rasa ketenangan itu.
Lalu aku jatuh cinta.
Bersambung...
Catatan Hikmah #2
"Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu,
Allah permudahkan jalannya ke syurga." (HR Muslim)
Catatan Penulis #2 - Niat vs Amal
Bismillahirrohmannirrohim.
Apa kata ulama'?
"Pelajari niat kerana niat itu lebih sempurna dari amal. " - Yahya bin Katsier rahimahulloh
"Berapa banyak amal yang kecil menjadi besar kerana niat." - Ibnu Mubarak rahimahulloh
Kedudukan niat dalam amal:
Niat merupakan barometer untuk meluruskan amal perbuatan. Apabila niat baik, maka amalan menjadi baik. Dan begitulah sebaliknya.
Orang-orang yang ikhlas dalam beramal soleh adalah orang yang beramal hanya kerana mengharapkan redha Allah semata diiringi rasa raja' (berharap) dan khauf (takut akan siksaan-Nya).
Kiat untuk menumbuhkan keikhlasan:
1. Mengetahui erti keikhlasan
2. Menambah pengetahuan tentang Allah SWT dan Hari Kiamat
3. Memperbanyak baca/ interaksi dengan Al-Qur'an
4. Memperbanyak amal rahsia sehingga kita terbiasa untuk beramal kerana Allah semata tanpa diketahui orang lain.
5. Menghindari/ mengurangi saling memuji kerana pujian membuat orang jadi lalai hatinya dan sombong.
6. Berdoa dengan tujuan agar selalu diberi keikhlasan dan dijauhi dari bersikap takabbur.
Tingkat keikhlasan:
1. Rasa takut pada siksaan Allah pada Hari Akhirat
2. Berharap pahala
3. Mahabbah (cinta)
P/s: Semoga kita dikaruniakan hati yang ikhlas. Aamiin, Ya Rabb.
27 November 2014 @ 4.30 petang
Di Kelas Siti Hajar

Saturday, January 10, 2015
Catatan Hikmah #1
"Tiada satu kebaikan yang tidak dilihat Allah.
Dakwah kita, walaupun tidak didengar, tidak diturut, ianya tetap dicatat."
Catatan Penulis #1 - Sayangi untuk disayangi
Bismillahirrohmannirrohim.
"Sayangi yang di bumi, nescaya yang di langit menyayangi.."
Orang yang dihatinya punya kasih sayang,
dia akan disayangi Allah, dia akan dekat dengan rahmat Allah.
Manakala, orang yang dihatinya kurang kasih sayang,
dia akan jauh dari rahmat Allah.
Orang yang punya kasih sayang,
Bila lihat orang dililit hutang, ingin membantu orang itu melunaskan hutangnya.
Bila lihat orang sedang bersedih, ingin membantu orang itu menghilangkan kesedihannya.
Akan membantu orang yang lupa jadi ingat, orang yang kurang semangat jadi bersemangat.
Lalu kita bagaimana?
Kita akan dicukupkan Allah.
Mengalirkan rezeki kita, InsyaAllah Allah akan ganti.
Yakin pada rezeki Allah.
Doakan kebaikan kepada orang yang sakitkan hati kita.
Kasihankan mereka kerana dosa-dosa mereka.
Doakan mereka tanpa perlu memberitahu mereka.
Cukup Allah yang tahu.
P/s: Carilah rahmat Allah dengan menyayangi makhluk Allah. :)
Kajian Tauhid
26 November 2014 @ 8.00 malam
Di Masjid Daarut Tauhiid

Entri Tahun Baru
2015.
Tahun baru lagi.
Hidup baru, di tempat baru.
Perubahan baru.
Alhamdulillah, bahagia.
***
Benar,
Bila kita bisa membahagiakan hati yang lain,
Hati kita turut merasa bahagia.

Subscribe to:
Posts (Atom)