Kerana-Nya,

Monday, January 12, 2015

Catatan Penulis #2 - Niat vs Amal

Bismillahirrohmannirrohim.

Apa kata ulama'?
"Pelajari niat kerana niat itu lebih sempurna dari amal. " - Yahya bin Katsier rahimahulloh
"Berapa banyak amal yang kecil menjadi besar kerana niat." - Ibnu Mubarak rahimahulloh

Kedudukan niat dalam amal:
Niat merupakan barometer untuk meluruskan amal perbuatan. Apabila niat baik, maka amalan menjadi baik. Dan begitulah sebaliknya.
Orang-orang yang ikhlas dalam beramal soleh adalah orang yang beramal hanya kerana mengharapkan redha Allah semata diiringi rasa  raja' (berharap) dan khauf (takut akan siksaan-Nya).

Kiat untuk menumbuhkan keikhlasan:
1. Mengetahui erti keikhlasan
2. Menambah pengetahuan tentang Allah SWT dan Hari Kiamat
3. Memperbanyak baca/ interaksi dengan Al-Qur'an
4. Memperbanyak amal rahsia sehingga kita terbiasa untuk beramal kerana Allah semata tanpa diketahui orang lain.
5. Menghindari/ mengurangi saling memuji kerana pujian membuat orang jadi lalai hatinya dan sombong.
6. Berdoa dengan tujuan agar selalu diberi keikhlasan dan dijauhi dari bersikap takabbur.

Tingkat keikhlasan:
1. Rasa takut pada siksaan Allah pada Hari Akhirat
2. Berharap pahala
3. Mahabbah (cinta)

P/s: Semoga kita dikaruniakan hati yang ikhlas. Aamiin, Ya Rabb.

27 November 2014 @ 4.30 petang
Di Kelas Siti Hajar

Saturday, January 10, 2015

Catatan Hikmah #1

"Tiada satu kebaikan yang tidak dilihat Allah. 
Dakwah kita, walaupun tidak didengar, tidak diturut, ianya tetap dicatat." 

Catatan Penulis #1 - Sayangi untuk disayangi

Bismillahirrohmannirrohim.

"Sayangi yang di bumi, nescaya yang di langit menyayangi.."

Orang yang dihatinya punya kasih sayang,
dia akan disayangi Allah, dia akan dekat dengan rahmat Allah.
Manakala, orang yang dihatinya kurang kasih sayang,
dia akan jauh dari rahmat Allah.

Orang yang punya kasih sayang,
Bila lihat orang dililit hutang, ingin membantu orang itu melunaskan hutangnya.
Bila lihat orang sedang bersedih, ingin membantu orang itu menghilangkan kesedihannya.
Akan membantu orang yang lupa jadi ingat, orang yang kurang semangat jadi bersemangat.

Lalu kita bagaimana?
Kita akan dicukupkan Allah.
Mengalirkan rezeki kita, InsyaAllah Allah akan ganti.
Yakin pada rezeki Allah.

Doakan kebaikan kepada orang yang sakitkan hati kita.
Kasihankan mereka kerana dosa-dosa mereka.
Doakan mereka tanpa perlu memberitahu mereka.
Cukup Allah yang tahu.

P/s: Carilah rahmat Allah dengan menyayangi makhluk Allah. :)

Kajian Tauhid
26 November 2014 @ 8.00 malam
Di Masjid Daarut Tauhiid

Entri Tahun Baru

2015.
Tahun baru lagi.

Hidup baru, di tempat baru.
Perubahan baru.

Alhamdulillah, bahagia.

***

Benar,
Bila kita bisa membahagiakan hati yang lain,
Hati kita turut merasa bahagia.

Wednesday, June 25, 2014

Mencari.

Kadang-kadang aku terasa mahu lari.

Jauh.

Tetapi lari tidak akan memberikan aku ketenangan yang dicari.

Lalu, aku masih di sini.

Mencari.

Thursday, April 17, 2014

Pujuk Hati

Bila kita punya impian,
dan berharap impian itu bukan sekadar mimpi,
tetapi akhirnya kita terpaksa menerima hakikat bahawa impian itu hanya tinggal impian.

Hancur, luluh, kecewa.

---

Kita kecewa, sebab kita lupa.
Kita manusia hanya merancang tetapi Tuhan penentu segala.

Yakin, pasti Allah mahukan yang lebih baik buat kita.
Jangan pernah berhenti berdoa,
semoga Allah bukakan jalan-jalan ke arah kehidupan yang lebih baik. 

InsyaAllah.


 

Sudah 2014

Lama betul aku tidak menulis,
hampir dua tahun.

---

Masih ingat aku kah?