Kerana-Nya,

Saturday, January 10, 2015

Catatan Penulis #1 - Sayangi untuk disayangi

Bismillahirrohmannirrohim.

"Sayangi yang di bumi, nescaya yang di langit menyayangi.."

Orang yang dihatinya punya kasih sayang,
dia akan disayangi Allah, dia akan dekat dengan rahmat Allah.
Manakala, orang yang dihatinya kurang kasih sayang,
dia akan jauh dari rahmat Allah.

Orang yang punya kasih sayang,
Bila lihat orang dililit hutang, ingin membantu orang itu melunaskan hutangnya.
Bila lihat orang sedang bersedih, ingin membantu orang itu menghilangkan kesedihannya.
Akan membantu orang yang lupa jadi ingat, orang yang kurang semangat jadi bersemangat.

Lalu kita bagaimana?
Kita akan dicukupkan Allah.
Mengalirkan rezeki kita, InsyaAllah Allah akan ganti.
Yakin pada rezeki Allah.

Doakan kebaikan kepada orang yang sakitkan hati kita.
Kasihankan mereka kerana dosa-dosa mereka.
Doakan mereka tanpa perlu memberitahu mereka.
Cukup Allah yang tahu.

P/s: Carilah rahmat Allah dengan menyayangi makhluk Allah. :)

Kajian Tauhid
26 November 2014 @ 8.00 malam
Di Masjid Daarut Tauhiid

Entri Tahun Baru

2015.
Tahun baru lagi.

Hidup baru, di tempat baru.
Perubahan baru.

Alhamdulillah, bahagia.

***

Benar,
Bila kita bisa membahagiakan hati yang lain,
Hati kita turut merasa bahagia.

Wednesday, June 25, 2014

Mencari.

Kadang-kadang aku terasa mahu lari.

Jauh.

Tetapi lari tidak akan memberikan aku ketenangan yang dicari.

Lalu, aku masih di sini.

Mencari.

Thursday, April 17, 2014

Pujuk Hati

Bila kita punya impian,
dan berharap impian itu bukan sekadar mimpi,
tetapi akhirnya kita terpaksa menerima hakikat bahawa impian itu hanya tinggal impian.

Hancur, luluh, kecewa.

---

Kita kecewa, sebab kita lupa.
Kita manusia hanya merancang tetapi Tuhan penentu segala.

Yakin, pasti Allah mahukan yang lebih baik buat kita.
Jangan pernah berhenti berdoa,
semoga Allah bukakan jalan-jalan ke arah kehidupan yang lebih baik. 

InsyaAllah.


 

Sudah 2014

Lama betul aku tidak menulis,
hampir dua tahun.

---

Masih ingat aku kah?

Monday, October 15, 2012

Bila diuji.

Bismillah.


Si Danbo yang Kak Dyll suka.
Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini pasti diuji. Oleh kerana aku bukan alien, aku turut sama diuji. Aku diuji apabila kehilangan telefon bimbit, dompet dan barangan berharga yang lain. Pertama kali, dicuri. 

Kadang-kadang, sesuatu perkara itu kita tidak akan tahu selagi kita tak rasa. Bila aku dah rasa, baru aku tahu. Sakit juga hati. Namun aku bersyukur, bila aku sudah ditarbiyyahkan yang setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Pasti Allah mahu mengantikan dengan lebih baik. 

Bila fikir-fikir balik, betul juga.

IC aku tu dari Darjah 6 tak pernah bertukar. Warna pun dari biru bertukar kuning. Dapatlah ganti yang baru. Kalau tak hilang, memang sampai ke tualah tak berganti. *Senyum.

Kad sim celcom pun sudah terbelah dua. Boleh ganti yang baru. *Senyum.

Dua HP hilang, nanti mungkin dapat tiga. Yang lagi canggih. HAHA. *sedapkan hati. (ok, itu dunia :P)

Selain itu, kena lah muhasabah balik kenapa Allah nak tarik nikmat itu semua. Ye tak, arina. *Senyum.

Perancangan Allah juga yang lebih baik. ;)

p/s:  Semoga si pencuri tu mendapat hidayah, lepas ni tak mencuri dah. Aminn... ;)

Sunday, October 14, 2012

Menulis.

Bismillah. 

Jarang sekali aku menulis. Bukan tidak mahu tapi entah lah.. Tiada motivasi kali. Tika sendiri di bilik, aku belek buku-buku di rak. Terjumpa novel ini;


  

Tiada motivasi untuk menulis? Nah…

“Menulis itu bukan sekadar mencoretkan kata-kata di atas kertas bagi memberitahu dunia berkenaan diri kita. Tetapi menulis itu juga adalah berkongsi sesuatu yang kita tahu. Kita berkongsi dan memberi ilmu kepada semua manusia. Jadi mungkin saat ini, kamu boleh memegang kata-kata itu, menulis bertujuan berkongsi.” 
(Penulis yang Disayang Tuhan, Bahruddin Bekri)

InshaAllah, aku pegang kata-kata tu. Menulis bertujuan berkongsi.

 p/s: Penulis ni memang tak pernah mengecewakan aku. :)