Kerana-Nya,

Sunday, November 27, 2011

Syukur & Sabar

Bismillah.


Sabda Rasulullah S.A.W;

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, 
karena segala perkaranya adalah baik.  Jika ia mendapatkan kenikmatan, 
ia bersyukur karena (ia bersyukur) bahwa hal tersebut adalah memang baik baginya. 
 Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan,  ia bersabar karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut adalah baik baginya."

(HR Muslim)

Sunday, August 7, 2011

:)

Bismillah.

A: Macam mana ya caranya untuk kawal perasaan marah atau tak puas hati terhadap seseorang? Selain ambil wudhu', zikir, istighfar...

B: Marah pada siapa? Kawan, parent atau hanya dengan orang yang kurang rapat?

A: Kawan.

B: Ada macam-macam cara. Pertamanya, kita kena acknowledge yang kita marah dia.

A: Maksudnya?

B: Monolog dalam diri, kenapa kita marah? Contoh: “Aku geram la dengan si fulan ni, kacau aku, pukul aku, ejek aku dll...” Kemudian, fikir pula apa kebaikan yang dia pernah buat pada kita. Contohnya, dia la yang selalu teman keluar, tolong pinjamkan sesuatu dan sebagainya...

Tambah B: Lepas tu, fikir... Kalau kita marah pada dia apa manfaatnya dan kalau kita maafkan dia dan buat baik pada dia apa manfaatnya?

A: Hmm... Macam mana pula caranya untuk tidak menampakkan sangat yang kita ni tidak berpuas hati dengan dia? Mahu menjadi orang yang boleh bertolak ansur dan tidak mudah melatah kalau hal-hal macam ni berlaku.

B: Hmm... itu la. Bukan mudah tapi hati kena cepat terima. Kena cakap apa yang terpendam. Kemudian, minta maaf. Dan biasakan diri untuk tersenyum sebagai cover nak marah. Nanti terbiasa la...

Tambah B: Ada seseorang pernah cakap; “Kenapa kita nak marah kat seseorang sedangkan kita tak tahu pun kalau dia tu sebenarnya orang yang amat dikasihi Allah. Tak kan lah kita nak marah orang yang Allah kasih. Siapa je kita ni?”

p/s: Biasakan diri untuk senyum dalam marah. :)


Thursday, June 30, 2011

Aku MeRENTAS. :D

Tarikh: 25-26 Jun 2011
Tempat: Kem Bukit Lagong, Selayang

Salam.

Peh, sudah lama sungguh aku tidak update belog aku ini. Nasib baik tidak ada labah-labah, kalau tidak mesti sudah bersarang. Huhh. [Hembus nafas lega.]

Kali ini ada sesuatu yang aku mahu kongsi.

[Sebelum itu, sebentar ya. Aku mahu pejam mata satu minit. Hendak imbas kembali apa yang sudah berlaku sepanjang dua hari aku mengikuti kem.]

Satu minit kemudian...

Pagi itu aku bangun, mandi, solat, bersiap-siap kemudian terus berjalan ke tangga besar bersama Kak Hawa dan Maya yang turut serta ke program yang dinamakan RENTAS. Sakinah awal-awal lagi sudah turun. Mahu ke Mahallah Safiyyah dahulu katanya. Kami diminta berkumpul di tangga besar sambil menunggu kedatangan orang yang akan membawa kami ke Kem Bukit Lagong.

Tidak aku ingat beberapa lama kemudian,

Orang yang ditunggu-tunggu tiba. Oh, Abang Shazni rupanya yang akan membawa kami ke kem tersebut. Tanpa banyak soalan, kami menaiki kereta lalu perjalanan pun bermula. Tidak mahu aku cerita apa yang berlaku sepanjang perjalanan, cuma satu sahaja yang aku ingin kongsikan iaitu selagi kita tidak sampai ke destinasi elakkan dari berkata, contohnya;

“aku dah biasa dengan jalan ni, mesti dah tak sesat...”

atau

“...dah betul dah jalan ni, jalan yang lurus dah.”

Bukan apa, biasanya selepas itu mesti sesat. Jadi, untuk jalan selamat apa kata bila sudah sampai di destinasi baharu kita kata apa yang kita nak kata. Tak gitu?
******
Sepanjang tengahari itu, kami diberi pendedahan dan pengenalan mengenai GPM. Selain itu juga, teknik-teknik dalam pengurusan bencana turut didedahkan. Pada petangnya, untuk riadhah kami berpeluang untuk melakukan aktiviti wall climbing dan abseiling. Sebelum melakukan aktiviti tersebut, kami diberi penerangan oleh jurulatih. Agak tinggi orangnya, kurang cerah dah tiada rambut. Kelakar sungguh jurulatih ini. Memang tidak boleh tahan, aku asyik gelak. Yang aku hairan macam mana dia boleh tidak gelak. Tidak seperti aku, belum cerita sudah gelak. -.-"

Pertama kali aku melakukan aktiviti wall-climbing. Panjat punya panjat, Alhamdulillah... berjaya sampai ke atas. Seronok sangat! Selepas aktiviti wall-climbing, aktiviti abseiling menanti. Hati gementar tetapi aku buat-buat berani sebab sebelum itu bukan main lagi aku bagi semangat dekat orang, “Go Go orang ini, Go Go orang itu!” Lalu, aku kuatkan hati, kaki, tangan segala dan turun. Jalan sikit, lompat sikit, geser-geser sikit, sampai la aku kat bawah tu... Phew~ Lega. Hidung sudah kembang-kembang maklum sudah berjaya turun. Eheh.
******
Malam itu, slot bersama Encik Azam. 
Kata beliau, perkara penting yang pertama dalam melakukan kerja-kerja kesukarelawan ialah bersyukur kerana dapat melakukan kerja-kerja sukarelawan itu nikmat dan kata-kata itu bukan sekadar ucapan di bibir tetapi harus punya rasa getaran di hati.  Syukur, Alhamdulillah, Terima Kasih, Ya Allah! Kemudian, beliau bertanyakan soalan kepada kami,

“Apakah nikmat Allah yang paling besar kepada kita...?”

Jawapannya,

“Nikmat Allah yang paling besar kepada kita ialah kita dilahirkan sebagai orang Islam.”

[Syukur... Alhamdulillah, Terima Kasih, Ya Allah!]

Kemudian, Encik Azam menerangkan empat konsep yang diajar oleh Ustaz Badiuzzaman Said Nursi. Yang pertama, kita kena faham konsep Al-Fakir iaitu tidak memiliki. Kita harus sedar yang kita tidak memiliki apa-apa. Semuanya adalah milik Allah SWT. Yang keduanya, Al-Ajjaz iaitu tidak berdaya. Kita tiada kekuatan apa-apa kecuali kekuatan yang Allah berikan. Yang ketiga, As-Syafaqah. Tidak ada kejadian yang diberikan Allah adalah sia-sia. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku dan kita harus bersangka baik dengan Allah SWT. Yang keempat adalah At-Tafakkur. Kesemua kejadian yang Allah berikan adalah bersebab. Tidak ada kebetulan dalam hidup dan Allah SWT sudah aturkan semua kejadian dan semuanya dalam kehendak dan pengetahuan Allah SWT. 
InshaAllah aku akan cuba praktikkan dalam kehidupan seharian aku. Semoga diteguhkan hati dan iman. Ameen.

Seusai slot bersama Encik Azam, kini aktiviti night-trekking pula. Waktu ini aku paling cuak. Bukan apa, aku tidak suka kalau ada yang buat-buat melompat depan aku, bagi salam ke hapa ke dalam hutan itu nanti. Aku mudah terkejut. Tetapi sekali lagi aku buat-buat berani. Fikir aku bila lagi mahu mencuba kalau bukan ini masanya. Aku tekad. Aku duduk di barisan hadapan sekali. Ini peluang, kena ambil. Aku senyum.
Setelah hampir dua jam kami redah hutan, harung sungai, naik bukit, turun bukit... 
Alhamdulillah, selamat tiba di kem. Huhu.

Sekarang sudah boleh rehat.
******
Kringgggg... Kringgggg... [Bukan bunyi telefon tetapi bunyi jam loceng.]
Jam menunjukkan pukul 4 pagi.

Slot seterusnya bersama Mejar Azlan. 
Beliau memberi tugasan dalam kumpulan dan kumpulan aku, kumpulan tiga. Kami diminta untuk menyenaraikan apa yang perlu dilakukan dalam misi memberi bantuan perubatan.
******
Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta.
Bergambar sebelum pulang. Jumpa lagi ya sukarelawan RENTAS GPM! ^.^

p/s: Mahu menjadi orang kecil yang berjiwa besar. T.T 

Thursday, April 28, 2011

Menjaga Iman.

Bismillah.

Alhamdulillah, pagi tadi aku diberi kesempatan untuk menonton program Tanyalah Ustaz, TV9. Ustaz jemputan pada hari ini ialah Ustaz Amin

Ada seorang tetamu yang hadir bertanyakan satu soalan kepada Ustaz;
“Iman manusia turun dan naik. Macam mana kita nak menjaga iman kita?” 
      
      Jawab Ustaz, seni mempertahankan Iman itu ada ENAM;
      
      PERTAMA, Jaga kepercayaan.
“Allah Maha Berkuasa, Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya.” Apabila kita ditimpa kesusahan, kita harus percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi, manusia kadang-kadang tidak nampak hikmah itu...

KEDUA, Jangan tinggalkan perkara yang wajib.

KETIGA, Banyakkan amalan sunat.

KEEMPAT, Yang haram tinggalkan betul-betul.

KELIMA, Yang makhruh, hindarkan.

dan KEENAM, Istiqamah.
Untuk Istiqamah, manusia perlu mengurangkan pilihan dan jangan bertangguh-tangguh. Sifat manusia, apabila diberi pilihan, mereka akan memilih yang ringan-ringan. Contohnya, apabila sudah tiba waktu Solat, “Mahu terus menonton TV atau Solat dahulu?”. Dia akan memilih untuk menonton TV. (Saya pun masih begini ni. -.-") Jadi, untuk beristiqamah, manusia perlu mengurangkan pilihan dan jangan bertangguh. Andai sudah tiba waktu Solat, jangan memilih! (Tutup TV, Solat dahulu! Ok, Arina? ^^)

“Dunia adalah tempat berpenat (banyak melakukan amal ibadat, buat kerja kebajikan dll) supaya di kubur nanti kita akan bersenang-lenang dan bukan sebaliknya.” 


p/s: Dapat berkongsi ilmu ini dengan kamu, itu Nikmat. Alhamdulillah... :)


Sunday, April 17, 2011

Salam.

Alhamdulillah,
Masih punya ruang dan masa untuk kembali menulis,
berkongsi apa yang aku rasa dan alami di blog ini.

InshaAllah yang baik, ambil sebagai pengajaran,
Yang buruk jadikan sempadan.

Ada yang berkata, untuk pandai menulis dengan efektif, ada tiga cara iaitu; menulis, menulis, dan menulis.
Dan ada yang berkata, perlu membaca, membaca, dan menulis.

Aku mahu ambil yang kedua.

InshaAllah, aku akan meningkatkan mutu pembacaan aku supaya apa yang aku hendak sampaikan akan lebih bermakna. Semoga dipermudahkan. Aminnn...